Tentu zaman sekarang ramai ibu-ibu muda generasi sekarang masih memikirkan sama ada untuk berpantang secara moden ataupun mengikut cara tradisional. Umumnya jika kita berpantang dengan mak atau nenek kita di kampung ,tentunya cara tradisional digunakan. Pelbagai amalan dan pantang makanan di ajar oleh mak atau nenek kita.
Kena makan vitamin c dan antibiotik. Minum air jus epal dan oren.
Tradisional - Bergantung kepada keadaan individu. Jika memakan ubatan tradisional dan terdapat kesan sampingan seperti pening kepala, loya, kulit bayi menjadi melecur dan kemerahan, eloklah ditinggalkan dahulu.
Ikan haruan - Makan berselang 2 hari.Lebih elok jika makan ikan haruan yang segar .
Kenapa kena makan berselang kerana ditakuti jika kerap makan , sistem pemulihan badan kita akan menjadi aggresif dan pertumbahan sel-sel kulit dan daging di kawasan luka menjadi berlebihan .
Mandi - air panas digalakkan untuk aliran darah yang bagus.
Minum air secukupnya . Jika ada mengambil antibiotik dan juga pil tambah darah (untuk meningkatkan kandungan hemoglobin di dalam darah ) anda disyorkan untuk minum air secukupnya. Tetapi tentu mak kita akan melarang kita daripada minum air yang banyak atas alasan tempat luka akan berair. Ia sama sekali tidak mempengaruhi. Luka hendaklah di jaga kebersihan nya. Bagaimana untuk menjaganya adalah dengan membasuh luka di dalam air garam atau dettol selama 15 minit setiap kali mandi. Jika kita mandi hanya sekali di waktu pagi, luka tersebut akan menjadi kotor di sebelah petang dan hanya dicuci pada keesokan harinya.Tentulah banyak bakteria sudah mula bercambah . Apabila ini berlaku , timbullah luka bernanah, luka tidak kering dan lambat sembut. Oleh itu penjagaan kebersihan kita ketika berpantang hendaklah di ambil kira.
Vitamin tambahan juga diperlukan oleh badan kita untuk proses penyembuhan luka. Vitamin C boleh didapati daripada limau dan epal. Kita juga bole mengambil pil vitamin c dan juga minum jus oren atau epal seperti sunkist .
Elak bayi kuning . Elakkan dari makan halia dan akar kayu.Beri bayi minum susu kambing yang asli dan juga breast feed. Insyallah dlm seminggu akan hilang kuningnya.Ada petua mengatakan senkuang cina juga elok. Sengkuang cina boleh didapati di Giant atau Tesco.Cara membuatnya adalah dengan mengisar dan air kisaran tersebut di tapis dan diberi bayi minum.
Bertungku amat berkesan untuk mengecutkan rahim.Saya syorkan guna batu sungi atau besi tunggu kerana ia lebih berat dan kepanasan tungku itu juga tahan lama.Dipasaran mungkin terdapat tungku moden dimana pelbagai campuran herba dan akar kayu dibunjutkan didalam kain dengan dipanaskan menggunakan wap air panas.Kepanasan tungku teraebut tidak bertahan lama dan memerlukan kita untuk berulang kali mewapkan.
Tunggu biasa dilakukan seawal 6 pagi dan pada petang hari 6 ptg.Pastikan badan kita berpeluh semasa bertungku.Tutup kipas di dalam bilik dan pakai jaket untuk membantu kita lebih berpeluh
Akhir kata semua petua dan tips ini adalah hasil dari pengamatan, bertanya kepada doktor dan juga emak saya sepanjang menjaga isteri ketika pantang. (21-11-2011 - 1-1-2012).Selamat berpantang.