Apekah yang aku maksudkan Bandar Puchong tu gated ?
Kat sana mmg banyak rumah naik dengan konsep gated community. Tetapi di sini gated yang aku maksudkan adalah access ke Bandar Puchong yang kena tol .
Setakat yg aku tau arini, satu jalan je ke Puchong yang tak kena tol , iaitu jalan dari Bukit Jalil .
Kalau dari Shah Alam , kena tol LDP sama ada yg dekat Sunway tu ade dekat exit ke HICOM .
Kalau dari Cyberjaya boleh lalu Pulau Meranti , tetapi agak jauh jugak lah kan.
Dari PJ mmg sah lalu tol Sunway, dari Kesas dah la kena tol RM2 pastu kena plak tol RM1.60 nak ke Puchong .
Jika kerajaan mengambil inisiatif nak mansuhkan tol skit skit , di LDP aku cadangkan mansuhkan tol di tengah - tengah , letak tol hujung2 jer ..tol kat tengah, tol Petaling Jaya dengan Puchong Barat boleh lah dimansuhkan . At least penduduk Putra Heigh, Sekseyn 27,28,33 kat Shah Alam boleh selalu gi IOI mall and Bandar Puchong .
No comments:
Post a Comment